Thursday, May 24, 2012

Adab dalam pertunangan

Bismillahirrahmanirrahim...

Di copy & paste kan daripada sini.. http://bhalaqah.blogspot.com/2009/09/adab-pertunangan-mukaddimah-walimah.html


Pertunangan merupakan mukaddimah kepada perkahwinan. Ianya diharuskan di dalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.

Adapun adab-adab semasa bertunangan (ianya melibatkan kedua-dua belah pihak samada lelaki atau perempuan) bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian :

a) Adab dalam bergaul

Maksud pergaulan di sini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau si perempuan dengan tunangan masing-masing.

Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh muhram (si perempuan). Seboleh-bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan. Tidak diharuskan duduk berdua-duaan.
Ingatlah hadis Rasulullah SAW : Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita melainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan.

Perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.

Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam dan harus dingatkan bahawa aurat di antara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram), hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.

Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda.

Sementara bagi pihak lelaki janganlah merasakan bahawa anda telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja.

b) Tempoh pertunangan

Pada hakikatnya islam menggalakan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan, ianya bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlakunya perkara- perkara yang tidak didugai dan ulamak sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu pertungan, cuma rata-rata mereka lebih cenderung untuk memendekkan tempoh. Disini saya sendiri cenderung kepada mempercepatkan perkahwinan kerana:


Dalam tempoh pertunangan yang lama, dibimbangi tersingkapnya keaiban pasangan yang boleh membawa kepada putusnya hubungan pertunangan. Selain daripada itu, besar kemungkinan terdapat juga orang yang mungkin menaruh perasaan dengki kepada pasangan dan menabur fitnah yang tidak ada benarnya yang boleh membawa padah kepada pasangan itu sendiri.


Tempoh yang lama mungkin memberi peluang kepada orang lain yang mungkin ada menaruh hati kepada salah satu pasangan dan berusaha untuk memisah antara keduanya


Dibimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh pertunangan dengan kerapnya mengadakan pertemuan yang tak syarie. Susah untuk menjaga batas aurat dan syarat ditemani oleh Muhram.


Lebih menenangkan gelodak jiwa dan perasaan rindu yang boleh mengganggu prestasi pelajaran dan juga kerja.

Kesimpulan dari pemilik blog:

1) Tidak perlu buat majlis pertunangan yang terlalu mewah dan menunjuk2 kerana tidak termasuk dalam syariat Islam, ada unsur2 pembaziran dan bermegah2.
(Riak adalah syirik.. Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil).
Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?
Baginda menjawab: Riak.")
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)

2) Faham maksud bertunang dari segi Islam. Selagi mana pihak perempuan telah ada persetujuan secara verbal, walaupun tanpa sebarang majlis untuk berkahwin dengan si lelaki maka sudah dikira bertunang.

3) Bertunang bukan ikatan yang hak. Ia hanyalah tempoh dimana si lelaki dan perempuan boleh berkenal-kenalan dengan batasan-batasan agama, dan dalam tempoh ini juga tidak ada lelaki lain dibenarkan untuk meminang si perempuan. Ini kerana si perempuan itu sudah pun berjanji untuk berkahwin dengan si lelaki.

4) Singkatkan tempoh pertunangan untuk mengurangkan ruang untuk syaitan menggoda perasaan masing2 dan juga mengganggu gugat hati dan keyakinan masing-masing untuk meneruskan rancangan perkahwinan untuk mendapat redha Allah.

5) Hadkan komunikasi kepada perkara-perkara penting sahaja kerana lebih banyak komunikasi dan pertemuan, lebih banyak ruang untuk hasutan dan godaan syaitan.

6) Gunakan masa pertunangan untuk mengenal hati budi bakal pasangan dan juga untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai pengurusan rumah tangga dengan membaca buku2 ilmiah.



Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment